LAMPU hadapan Bezza 2020.
LAMPU hadapan Bezza 2020.
Lizam Ridzuan


PERODUA kini membuka tempahan untuk model Bezza 2020, iaitu sedan pertama jenama itu yang mula diperkenalkan pada 2017.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, model terbaharu itu dibangunkan berdasar maklumbalas pelanggan dan boleh mula ditempah melalui kesemua 186 pusat jualan Perodua di seluruh negara.

“Perodua Bezza adalah sedan pertama dengan upper-body yang direka sepenuhnya oleh kami dan ia juga adalah sedan pertama di Malaysia yang menerima penarafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV),” katanya.

Untuk model 2020 ia ditawarkan dalam empat varian 1.0G MT, 1.0G AT, 1.3 X AT dan 1.3 V AV yang dijual pada harga bermula RM34,580 hingga RM49,980 (atas jalan tanpa insurans).

BAMPAR belakang Bezza 2020.
BAMPAR belakang Bezza 2020.

Antara ciri baharu lain ialah Perodua Bezza 2020 tampil dengan gril hadapan dan bampar baharu, lampu hadapan LED dan skirt sisi dwi-tona yang kedua-duanya terdapat pada semua varian.

Varian X dan AV dilengkapi dengan rim aloi 15 inci dan cermin sisi berkuasa boleh laras kini terdapat pada semua varian (boleh lipat pada AV).

Dua warna luaran baharu bagi Bezza – Garnet Red (bagi varian-varian 1.3 liter sahaja) dan Granite Grey – menyertai empat warna yang sedia ada, iaitu Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue dan Sugar Brown.

Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA*) 2.0 kini memasuki barisan Perodua Bezza menerusi varian AV, menjadikannya sedan dengan ciri termaju yang paling mampu milik di Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 January 2020 @ 12:16 PM