GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Wartawan HM


Kuala Lumpur: Kedah menjadi negeri pertama berjaya meraih jumlah kerusi untuk mendapat majoriti mudah selepas menguasai 20 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan di negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Calon N24 Jeneri Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memperoleh lebih 14,000 undi mengatasi lawannya Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim yang memperoleh 4,784 undi.

Antara kerusi yang paling awal disahkan menjadi milik PN adalah Bukit Kayu Hitam di mana calonnya Halimaton Shaadiah Saad memperoleh 24,551 undi, manakala Zainol Abidin Mohamad memperoleh 9,117 undi.

Selain itu, bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Haim Hilman Abdullah secara tidak rasmi berjaya memenangi kerusi Dun Jitra mendapat 34,342 undi selepas semua 111 peti undi dari setiap saluran di Dun berkenaan dikira.

Belikau menewaskan Datin Sabrina Ahmad, 45 yang juga Ketua Wanita PKR Kedah yang memperoleh 11,170.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Ogos 2023 @ 9:57 PM