DATUK Halimaton Shaadiah Saad.
DATUK Halimaton Shaadiah Saad.
Aizat Sharif


Jitra: Datuk Halimaton Shaadiah Saad secara tidak rasmi berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Kayu Hitam, selepas memperoleh 24,551 undi.

Ketua Bahagian Bersatu Kubang Pasu itu menewaskan pencabar yang juga bekas gurunya, Zainol Abidin Mohamad daripada Barisan Nasional (BN) yang hanya memperoleh 9,117 undi.

Dengan kemenangan itu, Halimaton Shaadiah, 54, yang lebih dikenali Kak Ton mengukuhkan penguasaan Perikatan Nasional (PN) di Bukit Kayu Hitam selama dua penggal sejak 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Ogos 2023 @ 9:14 PM