AFP

London: Raja Charles III secara rasmi ditabalkan sebagai Raja Britain menggantikan mendiang ibunya Ratu Elizabeth II.

Ia adalah pertabalan pemerintah lelaki pertama di Britain sejak 1953.

Tepat jam 12:02 tengah hari, Uskup Agung Canterbury, Justin Welby meletakkan mahkota St Edward di kepala Charles.

Laungan 'God Save the King' kedengaran daripada 2,300 orang di biara Westminster dan diiringi tiupan trompet ketika kemuncak istiadat pertabalan itu.

Manakala di luar pula, kedengaran tembakan senapang dan loceng dibunyikan.

Charles, 74, hanya akan memakai mahkota St Edward sekali sahaja semasa pemerintahan baginda, manakala Raja Permaisuri, Camilla, 75, dinobatkan sebagai ratu dalam upacara ringkas.

Istiadat itu turut disertai kira-kira 100 ketua negara dan orang kenamaan, menyaksikan Charles ditabalkan di Westminster Abbey, yang menjadi lokasi bagi semua pertabalan sejak 1066.

Selain menjadi pertabalan pertama dalam 70 tahun, ia adalah yang pertama bagi seorang raja sejak 1937. Ia hanya yang kedua disiarkan di televisyen dan yang pertama dalam warna dan distrim dalam talian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mei 2023 @ 8:46 PM