SEJAMBAK bunga diletakkan di tempat kejadian di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands. FOTO BERNAMA
SEJAMBAK bunga diletakkan di tempat kejadian di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands. FOTO BERNAMA
Muhaamad Hafis Nawawi


Hulu Selangor: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini mengumumkan nama 30 mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands.

Menurut kenyataan itu mangsa yang terkorban dalam kejadian runtuhan sekitar jam 2.30 pagi pada 16 Disember itu adalah berusia setahun hingga 67 tahun, membabitkan 12 kanak-kanak dan 18 dewasa.

Berikut adalah senarai nama mangsa yang meninggal dunia yang sudah dikenal pasti sehingga jam 5 petang hari ini.

Enam lelaki dewasa yang dikenal pasti adalah Eng Choon Wen, 43; Ka Kok Boon, 43; Lai Chee Sam, 33; Wong Kim Yap, 34; Tai Chang Lin, 35, dan Ng Chay Diok, 67.

Manakala 12 lagi mangsa wanita dewasa adalah Fong Choy Kee, 43; Chin Su King, 36; Lai See Tin, 33; Lai Lee Koon, 44; Gain Choo Yin, 35; Yu Siew Pay, 34; Lim Wei Xin, 36; Hong Mei Jing, 38; Nursling Azwani Kamaruzaman, 31; Lai Lee Yin, 37; Lam Sook Man, 37 dan Liu Pei Si, 44.

Kanak-kanak lelaki yang terkorban pula adalah Daniel Kor Yen, 5; Jonas Lai Ze Kai, 2; Tong Kai En, 9; Wong Zi Hang,1; Tai Jing Kai, 7, dan Zech Loh Qi Yi, 7.

Enam lagi kanak-kanak perempuan adalah Eng Huai Yi, 12; Ka Sin Ya Vanya, 6; Giselle Lai Yu Xi, 6; Wong Hao Yee, 6; Tai Jing Rou, 4, dan Ng Yee Tong, 11.

Proses mengenal pasti mayat mangsa dijalankan dengan menggunakan kombinasi empat kaedah iaitu pengecaman DNA, cap jari, gigi, dan pengecaman pihak waris pada barangan peribadi serta tanda unik pada badan mangsa.

Menurut NADMA proses bedah siasat untuk semua mayat sudah selesai dijalankan, dikenal pasti, dan diserahkan kepada waris oleh Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

"Sebarang maklumat terkini mengenai perkembangan mangsa-mangsa bencana akan dimaklumkan dari masa ke masa setelah mendapat pengesahan rasmi daripada agensi yang bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan malam ini.

Sehingga kini pencarian mangsa terakhir giat dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Disember 2022 @ 11:58 PM