ANGGOTA bomba membawa keluar mayat yang berjaya ditemui dalam operasi mencari mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father’S Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali. FOTO Ihsan Bomba.
ANGGOTA bomba membawa keluar mayat yang berjaya ditemui dalam operasi mencari mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father’S Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali. FOTO Ihsan Bomba.
Sudirman Mohd Tahir


Sungai Buloh: Bayi lelaki berusia setahun, Wong Zi Hang, antara mangsa termuda yang disahkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Hulu Selangor, kelmarin.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam satu kenyataan berkata, proses bedah siasat kesemua 24 mayat sudah selesai dijalankan.

"Proses mengenalpasti mayat mangsa dijalankan dengan menggunakan kombinasi tiga kaedah iaitu pengecaman DNA, cap jari, dan pengecaman pihak waris pada wajah atau barangan peribadi serta tanda unik pada badan mangsa.

"Tiga daripada 23 mangsa yang meninggal dunia sedang dikenal pasti melalui kaedah-kaedah ini," katanya.

Semalam, NADMA mengesahkan enam identiti yang terkorban dikenal pasti.

Daripada 21 mangsa yang dikenal pasti, 10 adalah wanita dewasa; empat (lelaki dewasa); empat (kanak-kanak lelaki), manakala tiga lagi adalah kanak-kanak perempuan.

Dalam pada itu, NADMA memaklumkan setakat 9 pagi hari ini, seramai lima daripada lapan mangsa yang dirawat sudah dibenarkan pulang.

Setakat ini, baki tiga mayat yang berada di Hospital Sungai Buloh sudah melalui proses pengecaman tetapi belum dituntut oleh keluarga.

Difahamkan waris mangsa dari Kampung Machap Umboo, Alor Gajah Melaka.

Berikut senarai 21 mangsa korban:

1. Lim Wei Xin, 36 (perempuan)

2. Hong Mei Jing, 38 (perempuan)

3. Nurul Azwani Kamaruzaman, 31 (perempuan)

4. Lai Lee Yin, 37 (perempuan)

5. Tong Kai En, 9 (lelaki)

6. Lai Lee Koon, 44 (perempuan)

7. Ka Kok Boon, 43 (lelaki)

8. Zech Loh Qi Yi, 7 (lelaki)

9. Eng Huai Yi, 12 (perempuan)

10. Eng Choon Wen, 43 (lelaki)

11. Ng Yee Tong, 11 (perempuan)

12. Ka Sin Ya Vanya, 6 (perempuan)

13. Lam Sook Man, 37 (perempuan)

14. Wong Kim Yap, 34 (lelaki)

15. Fong Choy Kee, 43 (perempuan)

16. Liu Pei Si, 44 (perempuan)

17. Daniel Khor Yen, 5 (lelaki)

18. Chin Su King, 36 (perempuan)

19. Lai Chee Sam, 33(lelaki)

20. Wong Zi Hang, 1 (lelaki)

21. Gain Choo Yin, 35 (perempuan)

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Disember 2022 @ 5:58 PM