ANTARA barangan yang dikeluarkan dari perut lelaki itu. FOTO Agensi
ANTARA barangan yang dikeluarkan dari perut lelaki itu. FOTO Agensi
Agensi

Istanbul: Syiling, paku, bateri dan serpihan kaca. Itu antara barangan ditemukan oleh doktor yang membedah perut seorang lelaki di Turki.

Lebih mengejutkan, doktor berkenaan turut menjumpai batu dan skru, di dalam perut lelaki berusia 35 tahun itu.

Secara keseluruhan, ada 233 barangan ditemukan di dalam perut mangsa, lapor Mirror UK.

Terdahulu, mangsa mengadu sakit perut, dan abangnya, Burhan Demir, membawa lelaki itu untuk berjumpa doktor.

Selepas melakukan endoskopi dengan imbasan ultrabunyi dan X-ray, pakar bedah kemudian mengeluarkan semua barang berkenaan dari perut lelaki terbabit.

Seorang pakar bedah dikenali sebagai Dr Binici berkata, semasa pembedahan, pihaknya melihat bahawa satu atau dua paku sudah melepasi dinding perut.

"Kami melihat bahawa terdapat dua kepingan logam dan dua batu yang berbeza saiz di dalam usus besar.

"Kami mendapati terdapat bateri, magnet, paku, syiling, kepingan kaca dan skru. Kami membersihkan perut lelaki itu sepenuhnya.

"Ia bukan situasi yang kita biasa lihat pada orang dewasa. Ia kebanyakannya berlaku pada zaman kanak-kanak apabila mereka tanpa sedar menelan benda asing," katanya.

Beliau berkata, situasi ini boleh dilihat pada pesakit psikiatri, banduan atau kes penderaan dalam kumpulan umur dewasa.

LELAKI itu terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan semua barangan berkenaan. FOTO Agensi
LELAKI itu terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan semua barangan berkenaan. FOTO Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Jun 2022 @ 7:00 AM