GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Agensi

Khartoum: Pengalaman satu keluarga yang melawat sebuah zoo bertukar tragedi apabila anak perempuan mereka maut dibaham singa di Bandar Dinder, 400 kilometer di selatan Khartoum.

Gulf News melaporkan, kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu dikatakan keluar berkelah bersama keluarganya ke taman hidupan liar berkenaan untuk menikmati cuti sempena Aidilfitri.

Bagaimanapun, tragedi tidak diduga berlaku apabila kanak-kanak itu diserang seekor singa apabila dia menghampiri kandang haiwan liar itu.

Terdapat papan tanda amaran yang meminta pengunjung tidak mendekati atau cuba memberi makan kepada haiwan terbabit.

Bagaimanapun, berikutan rasa ingin tahu, mangsa menundukkan kepalanya ke arah kandang tanpa menyedari apa yang dilakukan.

Singa itu menyerang kanak-kanak terbabit menyebabkan mangsa parah.

Kakak mangsa berdiri di sebelahnya, tetapi ajaibnya, dia terselamat daripada serangan itu.

Keluarga mangsa bersama beberapa pengunjung lain cuba membebaskannya daripada cengkaman singa itu, tetapi tidak berjaya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mei 2022 @ 6:45 AM