PENDAKWAH selebriti diiringi polis ketika dibawa ke Mahkamah Shah Alam, Selasa lalu. FOTO Hairul Anuar Rahim
PENDAKWAH selebriti diiringi polis ketika dibawa ke Mahkamah Shah Alam, Selasa lalu. FOTO Hairul Anuar Rahim
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Petaling Jaya: Polis daerah ini akan menahan pendakwah selebriti berhubung kes rogol dan cabul di sini, hari ini.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata, pihaknya menjalankan siasatan terhadap individu berkenaan susulan dua laporan di daerah ini.

"Polis daerah Petaling Jaya akan memohon reman terhadap suspek esok bagi membantu siasatan terbabit," katanya.

Pendakwah selebriti yang disyaki merogol seorang wanita, September tahun lalu ditahan di Shah Alam minggu lalu sebelum direman lima hari bagi membantu siasatan.

Polis menerima dua lagi laporan polis terhadap pendakwah selebriti berusia 25 tahun itu.

Laporan terbaharu diterima 6.28 petang 31 November lalu daripada guru berusia 22 tahun yang mendakwa dirogol suspek.

Kedua-dua laporan itu disiasat mengikut Seksyen 377C, Seksyen 354 dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan

Ajak makan sebelum lakukan perbuatan terkutuk

6 laporan polis terhadap pendakwah selebriti

Guru pula tampil dakwa dirogol pendakwah selebriti

Pendakwah selebriti ditahan lagi, dakwaan cabul penuntut kolej

Pendakwah selebriti ditahan polis

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Disember 2020 @ 11:43 AM