Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Petaling Jaya: Pendakwah selebriti yang sebelum ini ditahan atas dakwaan merogol direman selama lima hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya Siti Mazrah Mohamad bagi membantu siasatan berhubung laporan polis dibuat seorang guru mendakwa dirogol pendakwah terbabit.

Terdahulu, suspek yang dilihat memakai baju lokap berwarna ungu dan berseluar jingga tiba di hadapan pintu masuk mahkamah pada jam 10.30 pagi dengan diiringi dua anggota polis.

PENDAKWAH selebriti yang sebelum ini ditahan atas dakwaan merogol dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini untuk permohonan reman oleh pihak polis. FOTO Asyraf Hamzah
PENDAKWAH selebriti yang sebelum ini ditahan atas dakwaan merogol dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini untuk permohonan reman oleh pihak polis. FOTO Asyraf Hamzah

Suspek kemudian dibawa ke bilik reman di tingkat satu kompleks bangunan mahkamah.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis Petaling Jaya menerima dua laporan terhadap suspek dengan salah satu laporan atas dakwaan merogol manakala satu lagi atas dakwaan cabul dan seks luar tabii.

Berita berkaitan

  • Pendakwah selebriti direman lagi
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Disember 2020 @ 2:37 PM