AZMIN dan Zuraida dipecah daripada PKR.
AZMIN dan Zuraida dipecah daripada PKR.
Wartawan NSTP

PKR memutuskan memecat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.

Keputusan itu dimaklumkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.

“Telah berlaku satu pengkhianatan terbuka oleh berapa watak yang menjadi dalang utama yang jelas bertentangan dengan pendirian parti dalam perkara kedudukan Perdana Menteri.

“Akibat pengkhianatan terbuka ia menyebabkan keadaan yang boleh menjejaskan kerajaan PH. Jadi ianya membawa kesan kepada ekonomi dan politik. Kita lihat (kejatuhan) ringgit, Bursa Saham dan sebagainya.

“MPP (Majlis Pimpinan Pusat) mengambil ketetapan Azmin dan Zuraida dengan ini dipecat berkuatkuasa serta merta ,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Februari 2020 @ 2:02 PM