PENYOKONG PH bergaduh sesama sendiri selepas calon mereka, Dr Streram diumumkan tewas di PRK DUN Rantau kepada Mohamad. FOTO Bernama.
PENYOKONG PH bergaduh sesama sendiri selepas calon mereka, Dr Streram diumumkan tewas di PRK DUN Rantau kepada Mohamad. FOTO Bernama.
Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Rizanizam Abdul Hamid


SEKUMPULAN penyokong Pakatan Harapan (PH) bergaduh sesama sendiri di bilik gerakan utama mereka di Bandar Ekar, Rembau malam ini, selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Berdasarkan rakaman video berdurasi satu minit yang tular di media sosial pada 8 malam tadi, pergaduhan tercetus selepas media melaporkan keputusan tidak rasmi PRK Rantau yang memihak kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.

Difahamkan situasi tegang itu bermula apabila ahli PKR dari Kuala Lumpur mula menyalahkan ahli parti mereka daripada kalangan penduduk setempat kerana kekalahan calon PKR, Dr S Streram.

Melalui rakaman video, kedengaran perang mulut menggunakan kata-kata kesat selain berlaku adegan tolak menolak menjadikan keadaan semakin tidak terkawal dan mula bertukar ganas.

Beberapa individu dilihat mula bertumbuk dan difahamkan pihak polis turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengawal situasi daripada bertambah buruk.

Difahamkan beberapa wartawan di lokasi kejadian ketika itu dilarang merakam insiden terbabit.

  • Lagi berita berkaitan Pilihanraya Kecil Rantau
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 April 2019 @ 10:17 PM