Tok Mat beramah mesra bersama Chua Eng Kia, 80, (dua dari kiri) ketika berkempen di Kuala Sawah, Rantau. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Tok Mat beramah mesra bersama Chua Eng Kia, 80, (dua dari kiri) ketika berkempen di Kuala Sawah, Rantau. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Rizanizam Abdul Hamid


BARISAN Nasional (BN) yakin mampu mempertahankan kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau walaupun sedar kempen agresif dilakukan Pakatan Harapan (PH).

Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagaimanapun peluang mempertahankan kerusi masih 50-50.

“Saya sudah jadi wakil rakyat di Rantau untuk tiga penggal, ramalan untuk kekalkan kerusi tetap 50-50.

“Bagaimanapun, saya tetap optimis dengan gerak kerja yang dilakukan jentera BN bagi memastikan kerusi ini kekal dalam genggaman kita,” katanya hari ini.

Beliau yang mesra disapa Tok Mat berkata, apa yang dilakukan kini adalah bertemu seramai mungkin pengundi sehingga akhir tempoh berkempen.

Sejak kempen bermula 30 Mac lalu, ramai pemimpin PH antaranya Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir berkempen untuk calon PH, Dr S Streram.

Dua calon bebas yang turut berentap pada 13 April ini adalah R Malarvizhi serta Mohd Nor Yassin.

  • Lagi berita berkaitan Pilihanraya Kecil Rantau
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 April 2019 @ 9:25 PM