Dr Wan Azizah beramah mesra dengan hadirin ketika membuat lawatan di Kampung Sri Lalang hari ini. FOTO Bernama
Dr Wan Azizah beramah mesra dengan hadirin ketika membuat lawatan di Kampung Sri Lalang hari ini. FOTO Bernama
Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Rizanizam Abdul Hamid


PENGUNDI perlu memanfaatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau untuk mengukuhkan penguasaan Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan dan Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kini tiba masanya Malaysia dipulihkan daripada masalah kleptokrasi.

Katanya, masalah yang wujud ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) sejak 60 tahun lalu perlu dipulihkan segera.

“Dua doktor perubatan yang menerajui pentadbiran kini akan mengubati ‘penyakit’ kleptokrasi.

“Tun Dr Mahathir dan saya adalah doktor yang akan mengubati penyakit itu (kleptokrasi). Selepas ini Dr Streram pula,” katanya ketika berkempen di Perumahan Rakyat Kampung Sri Lalang hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew serta calon PH bagi DUN Rantau Dr S Streram.

Dr Wan Azizah yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu sokongan penuh kepada Dr S Streram untuk meneruskan agenda pembangunan yang direncanakan PH di Negeri Sembilan.

  • Lagi berita berkaitan Pilihanraya Kecil Rantau
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mac 2019 @ 10:15 PM