HASNUL bersama trofi Piala Malaysia.
HASNUL bersama trofi Piala Malaysia.
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


BAGAN SERAI: Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim memohon maaf terhadap perbuatannya bergambar dengan trofi Piala Malaysia dalam keadaan dikatakan tidak sepatutnya yang tersebar dan menjadi viral di media sosial.

Hasnul Zulkarnain berjanji akan memadam semua gambar berkenaan dalam media sosial miliknya terutama gambar bersama trofi berkenaan di tepi kolam renang.

"Saya meminta maaf, saya berjanji akan menarik balik gambar-gambar berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

HASNUL bersama trofi Piala Malaysia.
HASNUL bersama trofi Piala Malaysia.

Beliau yang juga EXCO kerajaan negeri berharap perkara itu tidak diperbesarkan lagi, tambahan pula trofi berkenaan sudah dibawa balik ke Perak.

Hasnul Zulkarnain enggan mengulas di mana gambar itu dirakamkan tetapi difahamkan di kawasan penginapan di Lembah Klang.

Perbuatan beliau itu mendapat kritikan daripada pelayan media sosial yang menganggap tindakan itu tidak sesuai.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Oktober 2018 @ 3:22 PM