ANGGOTA polis mengangkat mayat Faridah (gambar kecil) dipercayai dibunuh anaknya di Sungai Burung, Balik Pulau, hari ini. FOTO Mikail Ong
ANGGOTA polis mengangkat mayat Faridah (gambar kecil) dipercayai dibunuh anaknya di Sungai Burung, Balik Pulau, hari ini. FOTO Mikail Ong
Audrey Dermawan

LELAKI dipercayai suspek bagi kes pembunuhan wanita yang mayatnya ditemui dalam tangki najis, di Georgetown, semalam, sudah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, berkata suspek berusia 29 tahun itu ditahan di Balik Pulau dan dijangka direman, esok.

“Ya, kita sudah berjaya menahan suspek kes terbabit.

“Siasatan masih dijalankan dan saya akan beri makluman lanjut kemudian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Misteri kehilangan seorang wanita sejak 19 September lalu, terjawab selepas mayatnya ditemui di dalam tangki najis belakang rumahnya di Sungai Burung, di sini, petang semalam.

Mangsa dipercayai dibunuh anak kandungnya sendiri pada Rabu lalu, sebelum mayat wanita malang berkenaan disembunyikan di dalam tangki najis rumah mereka.

Mayat mangsa yang tenggelam di dalam tangki sedalam 1.2 meter itu ditemui menantunya kira-kira jam 2 petang sebelum menghubungi polis.

Berita berkaitan

'Bunuh, humban ibu dalam tangki najis' [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 September 2018 @ 10:56 AM