DATUK Seri Najib Razak. FOTO NSTP
DATUK Seri Najib Razak. FOTO NSTP
Safeek Affendy Razali


BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijangka akan dipanggil bagi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung satu lagi dakwaan kesalahan berhubung SRC International Sdn Bhd. mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Najib dijangka akan dipanggil Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Bukit Tunku, di sini, kira-kira 5 petang ini.

Beliau dijangka akan dipanggil bagi memberikan keterangan berhubung tiga pertuduhan dakwaan rasuah berkaitan SRC yang sedang dijalankan oleh SPRM.

Sumber memberitahu, beliau dipanggil adalah bagi membolehkan pihak SPRM mendapatkan maklumat terperinci mengenai kesalahan berkaitan di bawah AMLA.

"Pada masa ini beliau (Najib) hanya akan dipanggil dan akan dibebaskan namun sekiranya proses siasatan berjalan lancar, dia bakal dibawa ke mahkamah esok.

"Tiada sebarang perancangan untuk menahan beliau dan hanya untuk merakam percakapan dan ambil keterangan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Ogos 2018 @ 2:32 PM