KAWASAN yang dilanda gempa bumi. FOTO NSTP
KAWASAN yang dilanda gempa bumi. FOTO NSTP
Wan Faizal Ismayatim


GEMPA bumi lemah berukuran 3.4 pada skala Richter telah berlaku di pesisiran Pantai Kunak, hari ini.

Ia berlaku pada 4:31 pagi di pada jarak sembilan kilometer Barat Laur dari Kunak dengan kedalaman 10 kilometer.

Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi kenyataan berkata, tiada ancaman tsunami susulan gempa bumi berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Ogos 2018 @ 9:26 AM