PENDUDUK di Gili Trawangan keluar menjauhi bangunan susulan gempa bumi bermagnitud 7.2 di perairan Lombok. FOTO Shuhada Mansor
PENDUDUK di Gili Trawangan keluar menjauhi bangunan susulan gempa bumi bermagnitud 7.2 di perairan Lombok. FOTO Shuhada Mansor
Reuters

GEMPA bumi bermagnitud 7.2 melanda kawasan perairan 124 kilometer timur laut Kepulauan Lombok, hari ini.

Pusat Penyelidikan Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran itu berlaku pada kedalaman 1 kilometer.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pacific.

Gempa ini adalah gegaran kedua, hari ini susulan gempa bumi bermagnitud 6.3 melanda kepulauan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Ogos 2018 @ 11:38 PM