LOKASI gempa bumi yang berlaku di Niah, Miri, petang tadi. FOTO Ihsan Facebook JMM
LOKASI gempa bumi yang berlaku di Niah, Miri, petang tadi. FOTO Ihsan Facebook JMM
Mohd Rizal Abdullah


GEMPA bumi lemah berukuran 3.9 magnitud pada skala Richter melanda Niah dekat Miri pada 5.52 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) melalui kenyataannya berkata, gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

“Sistem pemantauan mengesan gegaran itu dirasai di sekitar Batu Niah. Namun, tiada ancaman tsunami dilaporkan setakat ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri Law Poh Kiong berkata, pihaknya membuat pemeriksaan dan kebanyakan penduduk tidak merasai gegaran.

“Ia disebabkan gegaran itu lemah dan tidak membabitkan sebarang kemalangan, namun kita bersedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya berlaku gegaran susulan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mei 2018 @ 8:34 PM