Nabil sayang keluarga dan tidak mahu terjebak perkara tidak elok. FOTO ASYRAF HAMZAH
Nabil sayang keluarga dan tidak mahu terjebak perkara tidak elok. FOTO ASYRAF HAMZAH
Ramlah Zainal


PELAWAK dan pengacara terkenal Nabil Ahmad mengakui pernah menerima mesej di laman instagram daripada peminat wanita yang mengajaknya untuk mengadakan hubungan terlarang di hotel sebelum ini.

Menurut Nabil, dia mengetahui perkara itu dari isterinya, Zira yang memang memantau akaun Instagram miliknya setiap hari.

“€œSaya memang terkejut kerana ada peminat wanita fanatik yang bertudung sanggup meminta perkara yang melampau seperti itu.

“€œSaya juga meminta isteri memberi nasihat pada wanita itu supaya bertaubat dari perbuatannya itu dan kembali ke jalan diredai Allah,” €katanya.

Menurut Nabil, dia juga memberi kepercayaan pada isteri untuk memantau akaun instagram miliknya sejak berumah tangga.

“€œSaya sangat sayangkan isteri, anak-anak dan rumah tangga kami.

“€œSebab itu, saya akan berusaha menjauhkan diri dari perkara yang boleh menjejaskan kebahagiaan rumah tangga kami,” €katanya.

Nabil ditemui pada sidang alhbar MVTV Asia - Inspirasi YES Malaysia #InspirasiGenerasiMuda - Disinilah Impian Bermula di Menara Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.

Diminta mengulas mengenai isu poligami pula, kata Nabil, tidak terlintas di hatinya untuk berkahwin lagi.

“€œSudah bermacam-macam perkara yang dilalui dalam hidup dulu.

“€œSaya juga berjanji akan meninggalkan semua perbuatan buruk selepas berkahwin.

“€œMaklumlah, saya ada dua anak perempuan dan saya tidak boleh bayangkan jika saya mempermainkan perasaan orang lain dan perbuatan buruk yang dilakukan itu akan dibalas pada anak-anak saya pula nanti,”€ katanya.

Apapun, kata Nabil, dia memang tidak mampu untuk berpoligami seperti segelintir artis.

“€œSaya tak kisah jika orang kata saya takut isteri. Ketika saya menjadi mat despatch dulu tiada siapapun yang memandang tetapi isteri yang menerima segala kekurangan saya itu.

“€œSedangkan ada seorang isteri dan dua anak pun saya sukar untuk membahagikan masa dengan aktiviti seni yang padat, macam mana saya mahu berkahwin lagi satu?

“€œSaya memang tidak mampu untuk berlaku adil.

“€œSaya juga berdoa rumah tangga yang dibina ini kekal hingga ke akhir hayat,” €katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 April 2018 @ 9:57 PM