Maya Karin. FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
Maya Karin. FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
Ramlah Zainal


SELEPAS putus cinta dengan ahli perniagaan dari Sepanyol dua tahun lalu, pelakon jelita Maya Karin mengakui dirinya pernah didekati lelaki Melayu termasuk berstatus suami orang.

Namun, pelakon berdarah kacukan Melayu-Jerman dan pemilik nama sebenar, Maya Karin Roelcke ini mengakui dia juga mengelak dari berkawan dengan lelaki yang sudah berkahwin.

“€œSaya akui hidup sunyi selepas dua tahun bergelar solo tetapi lelaki yang mahu berkawan pula tidak sesuai termasuklah yang berstatus suami orang.

“€œLelaki melayu bujang pula takut nak dekat kerana status saya sebagai selebriti terkenal sedangkan saya okay saja.

“€œSaya akui jarang ada lelaki yang boleh menerima wanita berdikari dan memiliki kedudukan lebih tinggi dari mereka,”€ katanya kepada Harian Metro.

Ditanya perancangan berumah tangga pula, kata heroin filem Munafik 2 ini, dia juga memiliki keinginan untuk berkahwin tetapi bukan dalam tempoh terdekat ini.

“€œMaklumlah, saya akan mencecah usia 39 tahun pada Oktober nanti dan pastinya saya mahukan teman hidup untuk menemani di sisi.

“Soal jodoh adalah ketentuan Tuhan dan mungkin saya bertemu jodoh pada usia lebih 40-an nanti.

“€œLagipun saya pernah berkahwin sebelum ini tetapi jodoh kami hanya dua tahun saja.

“€œJika ditakdirkan tidak memiliki anak, saya juga bersedia untuk mengambil anak angkat nanti,” €katanya.

Bagaimanapun, kata Maya, buat masa ini, fokusnya pada karier seni dan bisnes diceburi.

“€œMungkin saya belum bertemu jodoh tetapi saya percaya Tuhan beri rezeki lebih pada karier seni dan bisnes,”€ katanya.

Maya pernah berkahwin dengan Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Abdullah pada 2008 namun hanya bertahan selama dua tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Julai 2018 @ 1:08 PM