Mahaizura Abd Malik

Kuala Langat: Dunianya gelap sejak bayi kerana dilahirkan tanpa bebola mata kanan, manakala bebola mata kiri tidak sempurna, namun si cilik, Ahmad Aqeel Faiz Mohd Noor celik hati dan memanfaatkan deria pendengaran untuk menghafaz al-Quran.

Baru berusia enam tahun, namun si cilik itu sudah menghafaz surah al-Baqarah, al-Imran, al-Nisa, Yasin serta juzuk ‘amma juga menjadi terapi untuk menenangkan dirinya yang mengalami gangguan spektrum autisme (ASD).

FAIZ dan Nur Izzah menyemak bacaan Ahmad Aqeel mengalunkan ayat suci al-Quran. FOTO Zulfadhli Zulkifli
FAIZ dan Nur Izzah menyemak bacaan Ahmad Aqeel mengalunkan ayat suci al-Quran. FOTO Zulfadhli Zulkifli

Kanak-kanak manja dengan panggilan Aqeel itu juga mempunyai daya ingatan yang kuat hingga mampu mengingati setiap inci kedudukan perabot di rumahnya, sekali gus memboleh dia bergerak dengan bebas tanpa melanggar sebarang objek.

Ibunya, Nur Izzah Mohd Kamil, 35, berkata, ketika bayi dia kerap memainkan bacaan ayat suci al-Quran menerusi telefon bimbit sebagai terapi untuk Ahmad Aqeel.

Dapatkan berita penuh di akhbar Harian Metro hari ini

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Mac 2018 @ 5:37 AM