Suspek dibawa ke Balai Polis Limbang untuk siasatan lanjut. FOTO ihsan polis
Suspek dibawa ke Balai Polis Limbang untuk siasatan lanjut. FOTO ihsan polis
Mohd Rizal Abdullah


KEMATIAN kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di Kampung Terimah Lubai, Limbang, Khamis lalu, berpunca akibat asfiksia (lemas) kerana ditekup sesuatu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, keputusan itu diperolehi hasil bedah siasat di Hospital Miri semalam.

Menurutnya, ibu tiri kepada kanak-kanak itu kemudiannya ditahan polis di rumahnya di Kampung Terimah Lubai pada 7.10 malam semalam.

"Wanita berusia 22 tahun berkenaan direman hari ini untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya

Khamis lalu, wanita terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Limbang mendakwa anak tirinya ditemui tidak sedarkan diri di bilik air rumah pada 4.20 petang.

Mangsa dibawa ke Hospital Limbang dan disahkan sudah meninggal dunia.

Pemeriksaan menemui kesan lebam di beberapa anggota badan mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Julai 2017 @ 12:03 PM