MAYAT mangsa ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. FOTO ihsan Bomba
MAYAT mangsa ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. FOTO ihsan Bomba
Mohd Rizal Abdullah


Limbang: Remaja lelaki yang lemas ketika mandi Sungai Lubai, Limbang Rabu lalu ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat(SAR), hari ini.

Mayat mangsa Alexder Albertini, 16, ditemui pada 6.40 pagi, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Limbang berkata, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Rabu lalu, mangsa dikatakan tenggelam sebelum dibawa arus deras ketika mandi bersama rakan-rakannya di Sungai itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Disember 2016 @ 12:21 PM