GORETZKA (tengah) jaring gol melalui sepakan deras.
GORETZKA (tengah) jaring gol melalui sepakan deras.
AFP

Sochi, Russia: Ketika ramai pemenang Piala Dunia tidak hadir di Russia, bintang sedang meningkat Jerman menggunakan kesempatan mereka untuk menyinar pada Piala Konfederasi.

Tidak seorang pun pemain yang memenangi aksi final Piala Dunia 2014 di Brazil tampil dalam skuad jurulatih Joachim Loew di Russia, dengan sesetengahnya sudah bersara manakala selebihnya sama ada cedera atau direhatkan.

Selepas semusim bersama pasukan bermasalah Schalke, pemain tengah Leon Goretzka seorang daripada pemain yang menggunakan kesempatan sebaik mungkin ketika menang 3-2 ke atas Australia, Isnin lalu.

Dia menjaringkan gol ketiga Jerman dalam perlawanan Kumpulan B dengan rembatan padu menerusi hantaran Joshua Kimmich selepas meraih sepakan penalti yang disempurnakan Julian Draxler bagi gol kedua Jerman di Sochi.

Namun ia bukan semuanya lancar dan pemain muda Jerman itu menyedari masih ada ruang untuk meningkat ketika mereka bersiap sedia untuk berdepan Chile di Kazan, awal pagi esok.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Jun 2017 @ 4:28 AM