AZIRA berjanji kekal dalam De Fam meskipun bidang lakonan membawa namanya ke puncak.
AZIRA berjanji kekal dalam De Fam meskipun bidang lakonan membawa namanya ke puncak.
Sudirman Mohd Tahir

Bakat lakonan dimiliki penyanyi Azira Shafinaz, 26, yang juga anggota kumpulan De Fam ini tidak perlu dipertikai lagi.

Boleh dikatakan tuah dan rezeki dalam bidang lakonan lebih banyak berbanding nyanyian meskipun single #Supergirls yang dilancar dua tahun lalu berjaya menaikkan nama kumpulan itu.

Buktinya Azira yang juga pelakon drama Mr Donat Karamel terus menjadi pilihan penerbit dan stesen TV untuk tampil sebagai heroin.

Bagaimanapun, Azira enggan alpa dengan prinsip diri yang nyanyian dan kumpulan De Fam masih menjadi keutamaannya.

“Saya masih anggota De Fam. Malah kami bakal muncul dengan single ketiga tidak lama lagi. Lagu sudah siap dirakam tahun lalu cuma lambat dilancarkan kerana menggunakan khidmat penerbit dari Amerika Syarikat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Jun 2017 @ 3:08 AM