AZIRA Shafinaz. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
AZIRA Shafinaz. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
Norhayati Nordin

Kecaman lakonan kaku dalam drama Married Tapi Benci pada Februari lalu, tidak sedikit pun membuatkan pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz, 25, terasa hati.

Azira yang juga anggota kumpulan De Fam yang popular dengan single #SUPERGIRLS dan mendapat jolokan Spice Girls Asia, terus mengasah bakat lakonannya menerusi Mr Donat Karamel yang kini disiarkan TV3.

Dalam drama bersiri terbitan JS Pictures Sdn Bhd dan arahan Jinggo itu, banyak yang dipelajari Azira mengenai lakonan. Dia juga akui pelakon dan penerbitnya, Sheila Rusly kerap membantu.

“Saya tahu lakonan dalam Married Tapi Benci bersama Syafiq Kyle sebelum ini banyak kekurangan. Tak dinafikan memang benar lakonan saya kelihatan kaku tetapi drama itu adalah percubaan pertama saya.

“Untuk Mr Donat Karamel kali ini, nampaknya lakonan saya ada perubahan. Boleh dikatakan sejak disiarkan hingga kini, tiada kritikan negatif diterima. Rata-rata maklum balas diberi amat positif,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Disember 2016 @ 6:17 AM