LIRIDON Krasniqi (kiri) dan Mohamadou Sumareh. FOTO Hairul Anuar Rahim & Osman Adnan
LIRIDON Krasniqi (kiri) dan Mohamadou Sumareh. FOTO Hairul Anuar Rahim & Osman Adnan
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Dua ayam tambatan import - Liridon Krasniqi dan Mohamadou Sumareh - dijangka bakal menjadi faktor kemaraan Kedah dan Pahang ke pentas final Piala FA di Stadium Shah Alam pada 20 Mei ini.

Menurut bekas pengendali kebangsaan, B Sathianathan, ketajaman dan kelincahan kedua-dua penyerang itu akan menjadi aset utama pasukan masing-masing untuk trofi berkenaan yang turut menawarkan slot automatik ke saingan Piala AFC musim depan.

“Mengikut prestasi semasa saingan liga domestik, saya lihat Kedah dan Pahang adalah dua pasukan pilihan untuk mara ke final nanti.

“Kedah mempunyai Liridon yang saya anggap seorang penyerang cukup tajam di depan gawang gol. Sentuhannya amat ditagih Kedah kerana tanpa Liridon jelas jentera depan Kedah agak sukar meraih gol.

“Tidak keterlaluan saya katakan, kekuatan Kedah sebenarnya terletak kepada Liridon dan beberapa import lain. Sudah pasti jurulatih mereka mengharapkan sesuatu daripada penyerang itu ketika menentang Terengganu nanti,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mei 2017 @ 4:59 AM