OZIL (dua dari kiri) kerap tersenyum ketika berlatih bersama rakan sepasukan baharunya. FOTO Agensi
OZIL (dua dari kiri) kerap tersenyum ketika berlatih bersama rakan sepasukan baharunya. FOTO Agensi
Agensi

London: Kegembiraan jelas terpancar di wajah Mesut Ozil ketika sesi latihan pertama bersama Fenerbahce selepas berpindah dari Arsenal.

Pemain Jerman itu secara rasmi menandatangani kontrak dengan kelab Turki itu minggu lalu selepas tujuh setengah tahun di Utara London.

Ia perpindahan diharapkan Ozil sejak permulaan musim selepas disisihkan daripada skuad 25 pemain Mike Arteta.

Fenerbahce yang kini menduduki tangga ketiga Super Lig menaruh kepercayaan tinggi ketika mendapatkan Ozil.

Presiden kelab, Ali Koc menggesa penyokong membantu membayar gaji Ozil yang dianggarkan £67,000 (RM370,000) seminggu dengan menderma kepada kelab.

Koc yang berusia 53 tahun berkata: "Kami ada permintaan kepada penyokong. Teruskan sokongan anda, kami juga bergantung kepada sokongan kewangan anda.

"Pada hari tandatangannya, saya harap anda dapat memecahkan rekod. Dengan kempen SMS. Mungkin 300,000, 500,000 atau jutaan teks mesej dihantar bersama dan sokongan ini sangat membantu kami."

OZIL (kanan) mendapat perhatian media Turki. FOTO Agensi
OZIL (kanan) mendapat perhatian media Turki. FOTO Agensi

Ozil ketika di Arsenal tidak dipandang langsung Arteta malah disisihkan daripada skuad. Tetapi bekas pemain tengah Gunners, Jack Wilshere yang beraksi di kelab itu sehingga 2018 mendedahkan dia mempunyai hubungan baik dengan Ozil.

Ketika ditanya sama ada dia bercakap dengan Ozil mengenai nasib pemain itu di Arsenal: "Tidak. Saya berkawan dengan Mesut ketika di Arsenal dan hubungan kami sangat baik sama ada di atas mahupun di luar padang.

"Tetapi saya tak bercakap dengan dia. Saya yakin ia situasi sukar kepadanya (tidak beraksi) sama seperti saya. Pemain mungkin beraksi tidak bagus dalam sesuatu perlawanan dan tidak beraksi seterusnya tetapi langsung tidak diberi peluang amat sukar diterima.

"Jadi, saya teruja dia temui semula kegembiraan dan berharap dia berjaya di Turki."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 January 2021 @ 12:25 PM