FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
minda

Tuhan adalah kewujudan yang dikira kurang difahami oleh golongan ateis, malah manusia yang tidak percaya Tuhan berasa senang hidupnya kerana baginya segala yang dilalui tidak perlu dikaitkan dengan apa-apa, baik hidup atau mati.

Hanya perasaan seorang hamba yang sedar bahawa Allah sedang berbicara kepadanya melalui al-Quran iaitu dengan cara mendengarkan al-Quran dengan baik, mentadabburinya dengan baik, mengamalkannya dengan baik, seorang Muslim mengimani dan menyedari bahawa Allah berbicara dengan al-Quran kepada hamba-Nya.

Allah memberikan perintah dan larangan kepada mereka sebahagiannya mengkhususkan pembicaraan kepada kelompok tertentu dan sebahagiannya pula supaya umum menyedari.

Lantas, jika pembicaraan itu khusus bagi orang beriman, maka seorang Muslim hendaknya menghadirkan pembicaraan itu dan berkata: "Kami mendengar dan kami taat."

Ibnu Masud RA berkata: "Jika kamu mendengar bahawa Allah berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, maka fokuskanlah pendengaranmu kerana (di sana) terdapat kebaikan yang diperintahkan atau keburukan yang dilarang." Tafsir Ibnu Katsir: 1/374

Ateisme secara umum adalah kritikan dan penolakan kepada kepercayaan metafizik terhadap Tuhan atau makhluk rohani, biasanya dibezakan daripada teisme yang menegaskan realiti ketuhanan dan sering berusaha untuk menunjukkan keberadaannya.

Ateisme juga dibezakan daripada agnostisisme, yang membuka persoalan sama ada Tuhan ada atau tidak, mengaku menemui soalan yang tidak dijawab atau tidak dapat dijawab.

Dialektik hujah antara bentuk kepercayaan dan ketidakpercayaan menimbulkan persoalan mengenai persempadanan atau pencirian, ateisme, agnostisisme dan teisme yang paling tajam.

Untuk mempertimbangkan apa definisi ateisme yang paling tepat namun ia masih pada cara yang salah atau menyesatkan, ia bermakna beralih ke rumusan yang lebih tepat yang lebih baik menangkap keseluruhan pemikiran atheis dan lebih jelas memisahkan ketidakpercayaan.

Tuhan itu bersifat adil dan tidak pernah menzalimi makhluk ciptaan-Nya dan itulah keyakinan yang kita pegang sesuai dengan firman-Nya melalui hadis Qudsi bahawa kezaliman itu adalah selendang-Nya.

Jangan berhenti menjadi baik, memang dipesankan oleh Allah SWT: "Barang siapa yang mengerjakan yang baik sebesar zarah sekalipun, nescaya akan melihat balasannya." (Al-Quran Az Zalzalah)

Memang sesuai Tuhan yang bersifat adil dan tidak pernah berlaku zalim terhadap umatnya dan hidup manusia akan sentiasa di dalam keadaan baik dan diberkati bagi orang yang mengenal sifatnya yang sareh.

Dalam bentuk apa sekali pun sesuatu ilmu itu disampaikan, diajar dan kemudian diterima oleh seseorang menjadi panduan, pedoman dan petunjuk yang memberikan kefahaman serta cahaya kehidupannya maka hendaklah kita raikan dan iringkan pendidik kita dengan doa agar diberkati.

Kita sering berdoa agar diberkati segala ilmu yang dipelajari, diberikan pedoman agar kita menjadi manusia yang berjaya di dalam kehidupan dan selepas kematian.

Kita juga memohon agar Tuhan ampunkan segala dosa kesalahan pendidik kita dan dianugerahkan pentarbiyah kita dengan perlindungan-Nya di akhirat kelak dengan jaminan syurga yang berkekalan.

Manusia juga tidak boleh selamanya memberi ciri kezaliman terhadap rakyat yang dipimpinnya baik berupa wang ringgit atau harta benda sebagai sajian dan sesungguhnya manusia yang dizalimi itu akan mendapat rahmat dan keberkatan Allah.

Manusia yang terzalim angkara perbuatan manusia akan dipermudahkan apa yang disulitkan dan diberi rezeki yang melimpah.

Berilah kami kesabaran dengan setiap ujian-Mu atas apa yang telah engkau tetapkan, anugerahkanlah kepada kami ketakwaan dan kuatkanlah hati kami untuk mengubah kehidupan kami supaya menjadi lebih baik.

Allah akan mengurniakan mereka yang menderita kerana seksaan manusia dengan rezeki kebaikan, rezeki keberkatan, rezeki kenikmatan, rezeki kekuatan, rezeki kesihatan, rezeki keselamatan, rezeki ilmu yang bermanfaat dan rezeki syurga-Nya. Sesungguhnya manusia yang zalim tidak akan diberi kekuatan yang boleh menjamin kenikmatan yang akan mengekalkan kekuasaannya untuk dinikmati kerana hakikatnya keberkatan ditarik daripada hidupnya. Apakah mereka faham atau pura-pura tidak faham, lantas, kalau inilah caranya untuk mempromosikan perniagaan mereka, agak rasa sedih juga kerana menimbulkan suasana negatif dan huru-hara kepada masyarakat. Keberkatan dalam hidup adalah sesuatu yang perlu diimpikan oleh setiap Muslim dengan mengandaikan kita akan hidup selama 100 tahun. Tetapi kehidupan kita menjadi kehidupan yang sia-sia kerana tidak mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT. Jika setiap rezeki yang diberikan oleh Allah ada keberkatan, maka kita akan merasakan cukup walau sedikit, malahan rezeki yang kita cari akan kita usahakan ke arah kebaikan. Jika tiada keberkatan, rezeki yang banyak pun akan dirasakan tidak cukup, malah akan mencari jalan apa sahaja walaupun jalan itu buruk, asalkan boleh menambahkan kekayaan.

Kita hendaklah sentiasa berdoa dan meminta kepada Allah supaya rezeki yang diberikan sentiasa berkat dan buatlah sesuatu kerja dan perniagaan bagi memperoleh keberkatan Ilahi.

Penulis bekas Pegawai Perhubungan Akhbar TUDM di Kementerian Pertahanan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Mei 2021 @ 7:01 AM