Aron Koh (Kiri) pada majlis pelancaran Festival Budaya Filem China-Malaysia.
Aron Koh (Kiri) pada majlis pelancaran Festival Budaya Filem China-Malaysia.
Ridzuan Abdul Rahman

 

 

Kuala Lumpur: Festival Budaya Filem China-Malaysia dilancarkan sempena meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia di pawagam Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, hari ini. 

Pelancaran dibuat oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching bersama Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Kamil Othman; Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib; Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Aron Koh dan Ketua Pegawai Eksekutif China Mango Media, Datuk Ge Ya Mei.

Festival selama tiga hari bermula hari ini sehingga 23 Jun ini menayangkan 11 filem Malaysia dan China yang dikenal pasti serta turut menampilkan forum bertema yang diadakan khas buat pembikin filem.

Pada masa sama, turut menyediakan platform interaksi antara pembuat filem dan penonton filem Malaysia dan China.

Teo Nie Ching berkata, ia bagi menggalakkan perkongsian atau pertukaran dalam seni perfileman sekali gus memudahkan kerjasama antara filem kedua-dua negara yang dapat dimanfaatkan pihak

industri.

"Sebagai negara jiran yang mesra dan kaya dengan tradisi, usaha bersama kedua-dua negara ini dapat membuka ruang yang lebih luas untuk pembangunan bersama dalam politik, ekonomi, budaya, dan pendidikan.

"Festival Budaya Filem China-Malaysia disokong sepenuhnya oleh Finas bagi mempromosikan karya-karya yang dihasilkan 

pengkarya Malaysia dan China, memperkenalkan pembuat filem kedua negara kepada orang ramai, menggalakkan pertukaran budaya dan kerjasama dalam industri filem bagi kedua negara. 

"Ia juga menyediakan peluang untuk jalinan kerjasama dalam pembangunan projek filem, pengeluaran, pengedaran dan pelaburan," katanya.

Menurutnya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, industri perfileman Malaysia berkembang maju dan giat berusaha untuk meluaskan pertukaran dan kerjasamanya dengan

industri filem China.

"Melalui festival filem seperti ini, kami amat berharap dapat memperkenalkan

kepada penonton filem-filem yang diterbitkan bersama oleh China dan Malaysia, disamping menggalakkan promosi filem berkenaan, sekaligus memudahkan pertukaran antara

pembuat filem yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang yang berbeza, merangsang kreativiti dan daya hidup pelajar muda dalam disiplin berkaitan filem, dan menyediakan platform untuk mempromosikan hubungan silang budaya dalam industri filem.

"Saya berharap festival ini akan menggalakkan lagi persefahaman budaya antara China dan

Malaysia serta memajukan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak untuk bersama-sama

mewujudkan lebih banyak lagi karya yang menarik," katanya. 

Menurut Aron pula, Festival Budaya Filem China-Malaysia akan bermula di

Kuala Lumpur tahun ini, dan berharap 

dapat diadakan di lokasi yang berbeza setiap tahun pada masa hadapan. 

"Kami berharap dapat bertemu semua orang di lokasi seperti di Beijing dan Xi'an (China) pada masa akan datang, dan terus mengadakan festival ini pada setiap tahun," katanya.

Tayangan sempena Festival Budaya Filem China-Malaysia akan dibuka dengan filem Victim(s) iaitu penerbitan bersama antara China dan Malaysia arahan pengarah Layla Yi. 

Filem ini dibintangi oleh pelakon dari kedua negara, termasuk Huang Lu, Lin Yi Ting, Fu Xian Rui, Xu An Zhi, dan Han Jia Hao.

Festival filem ini menjanjikan penampilan pelbagai jenis genre, kesemua 11 filem dari China dan Malaysia, termasuk "Small Town Heroes" arahan Ryon Lee, filem Malaysia "Roh," "Sheriff," "Prebet Sapu," "The Movie Emperor" "Born To Fly' "No More Bets," "Wandering Earth 2," "Creations of the Gods I : Kingdom of the Storms" "One and Only" dan "The Movie Emperor" yang akan menjadi filem kemuncak untuk "Festival Budaya Filem China-Malaysia".

Aron berkata, pemilihan filem-filem ini mewakili pencapaian penting dalam filem-filem terbabit yang menjadi penanda aras industri China dan Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2024 @ 7:46 PM