Majlis resepsi Syasya dan Nasrullah. FOTO Aziah Azmee
Majlis resepsi Syasya dan Nasrullah. FOTO Aziah Azmee
Syafil Syazwan Jefri


Shah Alam: "Dia (menantu) yang menghormati orang tua selain pandai mengambil hati Syasya (Noor Syasya Afiqah Shahrizal) dan keluarga." kata Farah Farina Abd Razak.

Farah ibu kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya mengulas mengenai menantunya Nasrullah Mohd Sapie.

Menurutnya, Nasrullah adalah lelaki yang baik dan bersyukur dengan pilihan hati anak perempuannya itu.

"Nasrullah anak yang baik, dia pun datang daripada keluarga yang baik-baik.

"Sebab itu Syasya jatuh cinta lebih, sanggup tinggalkan semua (Dolla)," katanya ketika ditemui pada majlis resepsi pasangan itu di sini, malam tadi.

Ibu Syasya, Farah Farina mengalu-alukan kehadiran tetamu di majlis resepsi anaknya.
Ibu Syasya, Farah Farina mengalu-alukan kehadiran tetamu di majlis resepsi anaknya.

Mengenai majlis berkenaan, Farah memberitahu ia terpaksa diadakan dua sesi iaitu pada sebelah siang dan malam untuk memberi ruang kepada lebih 1,000 jemputan.

"Pada sebelah siang, untuk peminat, keluarga dan rakan-rakan lain. Pada sebelah malam pula untuk yang lainnya sebab kita tak dapat nak cari dewan yang besar.

"Alhamdulillah ada banyak tajaan yang masuk dan saya berterima kasih kepada penaja," katanya.

Tambahnya lagi, Syasya bertuah dan berterima kasih kepada semua pihak selepas menerima tajaan barangan kemas daripada Habib bernilai RM5 juta, Jakel dan beberapa penaja lain.

Terdahulu, Syasya mengejutkan industri seni tanah air apabila membuat pengumuman untuk keluar daripada Dolla pada 8 April lalu dan pada 20 April, Syasya selamat bergelar isteri kepada Nasrullah.

Selain Syasya, Dolla yang ditubuhkan pada April 2019 disusuli kemunculan album pertama berjudul Dolla Make You Wanna dianggotai Angel, Sabronzo dan Tabby.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Jun 2024 @ 11:07 PM