ANNE Ngasri dan anak lelakinya.
ANNE Ngasri dan anak lelakinya.
Ridzuan Abdul Rahman

 

 

Kuala Lumpur: Pelakon dan penerbit, Datin Anne Ngasri gembira dengan kejayaan diraih anaknya, Abdul Warits Abdul Wafi dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Anne atau Nasriah Ngasri, 40,  berkongsi kegembiraan di Instagramnya dengan menulis kata-kata ucapan yang bermakna kepada Warits serta semua pihak yang membantu kejayaannya.

"Alhamdulillah Syukur padaMu Ya Allah. Mama sangat bangga dengan result SPM Warits. Terima kasih kepada semua yang ada saat perjalanan membesarkan Warits terutamanya Papa Sumali, keluarga, guru-guru hebat serta sahabat-sahabat terutama teman-teman Warits yang mendorong kejayaannya," tulisnya. 

Pada masa sama, Anne turut melahirkan perasaan terharu melihat kejayaan anak-anak lain dan berterima kasih atas doa semua pihak kepada mereka.

Perkongsian ini mendapat tanda suka hampir 8,000 pengikut Instagram Anne manakala rata-rata komen melahirkan perasaan syukur atas berita baik ini dan mengucapkan tahniah kepada Warits. 

Anne memiliki tiga anak hasil perkahwinan dengan bekas suami, Abdul Wafi iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afroza.

Selepas bercerai pada 2010, dia kemudiannya bertemu jodoh buat kali kedua dengan Datuk Sumali yang ketika itu duda anak satu. Mereka berkahwin pada 22 Disember 2012.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mei 2024 @ 6:49 PM