Ramlah Zainal

 

Kuala Lumpur: Penyanyi Dafi meminta pengikutnya di laman instagram supaya membuat laporan membabitkan pemilik akaun palsu @dafiismailsabri_ yang menyamar sebagai dirinya.

    Menurut Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 34, dia banyak menerima mesej yang memaklumkan kewujudan akaun palsu terbabit. 

   "Hi, banyak pula orang yang message membabitkan akaun @dafiismailsabri_ ini.

    "It's not me, it's fake account, tolong report, terima kasih guys," tulisnya.

   Perkongsian Dafi itu mendapat maklum balas dari ramai pengikutnya di laman instagram.

   Ada pengikutnya yang mengakui sudah terpedaya dengan pemilik akaun palsu itu.

    Namun, ramai juga yang sudah membuat laporan membabitkan akaun palsu terbabit.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 January 2023 @ 6:05 PM