NABIL lelaki lurus dan berminat dengan wanita.  FOTO Rohanis Shukri
NABIL lelaki lurus dan berminat dengan wanita. FOTO Rohanis Shukri
Norhayati Nordin


Membawa watak lakonan berbeza daripada kebiasaan pastinya memberi cabaran serta kepuasan tersendiri kepada seseorang pelakon.

Bagi Nabil Aqil, 25, dia mengakui tertarik untuk cuba melakonkan watak 'lelaki lembut' selepas menonton lakonan Gambit Saifullah dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa.

Nabil atau nama sebenarnya Muhammad Nabil Aqil Muhammad Salehuddin berkata, dia seronok lihat Gambit yang nampak 'enjoy' dengan watak itu walaupun geli selepas melakonkanya.

"Saya seronok dan 'enjoy' tengok lakonan Gambit sebagai 'lelaki lembut' yang berpasangan dengan Datuk Aaron Aziz. Walaupun, dia (Gambit) sebenarnya geli, tapi okay saja.

"Sebagai pelakon, saya pun boleh ikut cara 'lelaki lembut' sebab di sekeliling saya dah ada ramai yang lembut. Jadi, tiada masalah melakonkan watak itu. Ditambah, saya pun nak kejar anugerah.

NABIL ‘enjoy’ bawa watak ‘lelaki lembut’. FOTO Rohanis Shukri
NABIL ‘enjoy’ bawa watak ‘lelaki lembut’. FOTO Rohanis Shukri

"Saya tengok Gambit boleh menang anugerah dengan watak 'lelaki lembut' itu. Bagi saya, ia mencabar dan ingin mencuba sekiranya ada peluang," katanya.

Ditanya juga pandangannya jika seksualiti diri dipersoalkan, Nabil berkata, dia hanya berlakon dan dalam realiti kehidupan sebenar, masih seorang lelaki yang lurus dan berminat dengan wanita.

"Saya tetap seorang lelaki yang 'straight' (lurus). Buat masa ini, saya belum ada teman wanita lagi. Tapi, dalam hati saya tetap ada keinginan untuk mencintai wanita.

"Apa pun, dengan pengakuan ini saya juga ada sedikit kebimbangan sekiranya wanita menganggap saya 'lelaki songsang'. Pada hal, saya memang 'straight'," katanya.

Terdahulu, Nabil ditemui media di lokasi penggambaran drama, Hawt Fellas lakonannya di DxN Cyberville, baru-baru ini.

Nabil yang juga anak saudara pelakon Syafiq Kyle mula aktif berlakon sejak 2017 selepas menyertai pertandingan Hero Remaja pada tahun itu.

Katanya, rezeki dia dikenali peminat diperoleh sekarang. Enam tahun berusaha membina nama dan ketengahkan bakat seni, Nabil berkata, dia terus mengejar apa yang diimpikannya sehingga jadi kenyataan walaupun bersaing sengit.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Ogos 2023 @ 6:27 AM