HWANG Minhyun kini bekerja keras mempersiapkan album solo.
HWANG Minhyun kini bekerja keras mempersiapkan album solo.
Georgie Joseph


Buat peminat yang sekian lama ternanti, penyanyi, Hwang Minhyun disahkan bakal muncul dengan album solo sulungnya.

Menurut agensinya, PLEDIS Entertainment, anggota NU'EST terbabit benar-benar ingin memastikan album itu berbaloi dinanti ramai.

Walaupun belum ada tarikh tepat, album itu dijangka dipasarkan bulan depan.

"Hwang Minhyun kini bekerja keras untuk mempersiapkan album solonya. Dia menyasarkan untuk melancarkan album itu pada Februari depan," kata agensi itu dalam satu pengumuman.

Walaupun Hwang Minhyun pernah melancarkan beberapa lagu solo sebelum ini, dia bagaimana tidak pernah menghasilkan album.

Kini, sudah lebih 10 tahun dia mulai diperkenal sebagai anggota NU'EST sejak 2012.

Dia yang baru-baru ini turut membintangi drama hit Alchemy of Souls turut bakal muncul dalam rancangan Boys Planet. Ia adalah sebuah rancangan uji bakat 'idol' versi lelaki kepada program Girls Planet 999.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2023 @ 6:17 AM