Puteri Balqis pelakon utama dalam muzik video Balasan Janji Palsumu. FOTO Ihsan Rusamusic
Puteri Balqis pelakon utama dalam muzik video Balasan Janji Palsumu. FOTO Ihsan Rusamusic

Kuala Lumpur: Pelakon remaja, Puteri Balqis Azizi atau Aqish, 15, pernah mencetus sensasi berikutan pendedahan berani dibuatnya menerusi media sosial, bulan lalu.

Dia yang aktif berlakon sejak kanak-kanak, pernah beberapa kali menarik perhatian ramai mengenai kisah hidupnya.

Pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia (ATA) Ke-19 pada 2014 ini pernah menyepi seketika namun dia kembali mewarnai industri seni selepas muncul membintangi beberapa drama tempatan.

Terbaru, Puteri Balqis tampil dalam muzik video Balasan Janji Palsumu nyanyian anak Raja Pop tanah air, Datuk Jamal Abdillah iaitu Yamani Abdillah.

Penampilan Puteri Balqis yang memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) TV3 itu mendapat pujian ramai.

Salah seorang peminat memuji lakonan Puteri Balqis yang dilihat cukup menjiwai watak dengan diiringi lagu berkenaan.

'Dia mudah mengalir air mata, mungkin sebab dia mendalami apa yang dia pendam selama ini, terbaik la aqis' kata SHAAF273.

Lili pula memuji penampilan Puteri Balqis yang menampakkan semakin dewasa katanya: "cantik sangat, mekap, rambut, warna baju dan rambut semua sesuai, semoga aqish bangkit dari masa silam dia dan terus ke depan."

Difahamkan muzik video Balasan Janji Palsumu akan ditayangkan jam 5 petang ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 September 2022 @ 4:26 PM