KIM Junsu dikhabarkan menyulam cinta dengan anggota Lovelyz iaitu Kei. - FOTO Google
KIM Junsu dikhabarkan menyulam cinta dengan anggota Lovelyz iaitu Kei. - FOTO Google
HM Digital

GARA-GARA membintangi beberapa projek muzikal, anggota JYJ, Kim Junsu dikhabarkan menyulam cinta dengan anggota Lovelyz iaitu Kei. Khabar angin bertiup kencang itu dipercayai benar.

Bagaimanapun, menerusi kenyataan rasmi agensinya PALMTREE ISLAND menafikan mereka bercinta. Sebaliknya, hubungan terjalin antara mereka tidak lebih daripada rakan sesama artis.

"Kami ingin memaklumkan bahawa berita yang disiarkan dalam sebuah artikel hari ini (semalam) melaporkan Kim Junsu dan Kei bercinta adalah tidak benar. Hubungan mereka tidak lebih daripada rakan sekerja.

"Lebih tepat, hubungan mereka adalah antara majikan dan artis di bawah naungan agensi ini. Mereka mesra sebagai rakan sekerja yang lebih senior dengan artis junior.

"Kami ingin menegaskan bahawa khabar angin mereka sedang bercinta adalah palsu. Kami juga ingin memohon semua untuk tidak mencetuskan sebarang berita tidak berasas serta spekulasi liar," kata kenyataan itu.

Semalam, sebuah platform berita melaporkan Kim Junsu dan Kei menjalin hubungan. Bagaimanapun, agensinya tidak menunggu lama untuk keluarkan kenyataan menyelar laporan terbabit.

Sebelum ini, mereka cukup banyak dilihat bersama kerana terbabit dalam beberapa projek serta dinaungi agensi sama. Kim Junsu dan Kei bersama-sama menjayakan projek muzikal termasuk Excalibur dan Death Note.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Ogos 2022 @ 6:41 AM