Semua pasangan yang bercinta mengharapkan hubungan hingga ke jenjang pelamin.

Begitu juga artis wanita popular ini. Selepas putus cinta dengan seseorang, hatinya yang luka itu diubati bila bertemu dengan seorang artis lelaki yang tidak kurang popularnya ini.

Kalau sekali imbas, kata rakan SS, memang sepadan pasangan artis sama hebat ini.

Namun, baru saja menjalinkan hubungan, rakan SS dapat tahu artis wanita itu nekad untuk memutuskan hubungan.

Semuanya gara-gara artis wanita itu dapat tahu rupa-rupanya artis lelaki itu sudah pun memiliki teman istimewa dan dirinya seolah-oleh diperalatkan saja.

Kata rakan SS, walaupun sudah ada teman wanita, artis lelaki ‘playboy’ itu suka menjalin hubungan dengan ramai wanita.

Perkara itu didedahkan sendiri seorang anggota keluarga artis lelaki itu tanpa disengajakan. Apa lagi naik beranglah artis wanita itu bila dapat tahu dirinya dipermainkan kekasihnya itu.

Mujur hubungan cinta mereka baru saja berputik dan belum lagi merancang ke fasa yang lebih serius lagi.

Bagi SS pula, semoga artis lelaki yang dimaksudkan itu mengikis sikap playboynya itu.

Jika sudah memiliki teman istimewa dan setialah pada yang satu. Jadilah kekasih yang setia dan tidak mempermainkan perasaan orang lain.

SS: Jauhkan diri daripada lelaki playboy!

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2015 @ 10:42 AM