CHACHA Maembong
CHACHA Maembong
Norhayati Nordin

Kuala Lumpur: "Itu semua, 'my past' (masa lalu saya). Sekarang umur saya pun dah 26 tahun. Dulu, saya muda lagi. Jadi, benda-benda itu semua saya rasa dah basi," kata pelakon ChaCha Maembong berkaitan dirinya yang didakwa seksi.

ChaCha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Rohani Ismail berkata, dia juga sudah lali berhadapan pelbagai dakwaan negatif terhadap dirinya sebelum ini.

"Yang dulu itu, masa lalu. Mungkin anda (media) semua pun dah lama tak jumpa saya. Tapi, masa itu saya muda lagi dan tidak matang," katanya gembira tidak lagi disogokkan dengan watak antagonis.

ChaCha berkata, memang tak dinafikan dia banyak membawakan watak antagonis atau 'hitam' hingga menyebabkan segelintir penonton marah dengannya.

"Orang memang orang akan ingat bila ChaCha berlakon watak jahat. Tapi, kena ingat yang saya lakonkan watak itu ada pelbagai dan tak hanya terikat kepada satu cara saja.

"Dalam watak ini, tidak semestinya kena jadi psiko dan jahat. Tapi, kalau dalam reaksi diam pun boleh jadi antagonis juga. Apapun, saya sentiasa mencuba pelbagaikan watak dilakonkan itu," katanya.

Menurut ChaCha, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu dia tidak lagi melakonkan watak watak dan mula mendapat watak serius dan pelbagai untuk dilakonkan.

Terdahulu, ChaCha ditemui media ketika terbabit penggambaran sebuah drama aksi dan bercorak penyiasatan arahan Syafiq Yusof di ibu kota, baru-baru ini.

Mengulas mengenai watak lakonannya, ChaCha berkata, dia amat teruja dengan peluang untuk membintangi drama aksi dan menjurus kepada penyiasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Jun 2022 @ 4:24 PM