ARIL Pilus bersama ibunya.
ARIL Pilus bersama ibunya.
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Ibu penyanyi dan pengacara, Aril Pilus cedera selepas terjatuh di rumahnya di Jasin, Melaka, awal pagi semalam.

Aril ketika dihubungi berkata, ibunya Normah Abdullah, 67, mengalami luka di bawah mata dan menerima lima jahitan.

"Kakak menghubungi saya kira-kira jam 2 pagi memaklumkan emak terjatuh di dapur. Dia cedera di bahagian bawah mata dan ada kesan koyak," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, selepas kejadian itu, ibunya dibawa ke Hospital Jasin untuk dirawat.

"Selepas jatuh dan cedera, emak mengalami muntah-muntah. Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Jasin. Bahagian luka di bawah mata itu dijahit dengan lima jahitan. Emak sudah dibenarkan pulang tetapi masih pening dan matanya juga tak dapat dibuka seperti biasa," katanya, hari ini.

Esok, ibunya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sekali lagi.

"Disebabkan emak ada diabetes, esok dia perlu menjalani pemeriksaan untuk pastikan keadaan matanya baik.

"Insya-Allah, terima kasih atas doa dan sokongan moral anda semua. Semoga anda semua sentiasa dalam lindungan Allah," katanya.

Aril juga memuat naik beberapa foto keadaan ibunya di Instagram Story.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 November 2021 @ 8:54 PM