Lyla yang dikatakan anak perempuan hasil hubungannya dengan bekas  kekasih, Varunie Vongsvirates.
Lyla yang dikatakan anak perempuan hasil hubungannya dengan bekas kekasih, Varunie Vongsvirates.
Agensi

Los Angeles: Pelakon Owen Wilson, 52, didakwa langsung tidak pernah ambil tahu dan berjumpa dengan anak perempuannya Lyla, 3, hasil hubungan dengan bekas kekasih, Varunie Vongsvirates.

Vongsvirates, 37, baru-baru ini berkongsi gambar Lyla yang kelihatan mirip dengan Wilson.

Menerusi hantaran itu, dia turut membuat pendedahan mengejutkan itu.

"Malangnya, dia (Wilson) tidak pernah bertemu dengannya," demikian keterangan yang ditulisnya dalam hantaran itu.

Pada 2019, Vongsvirates pernah merayu kepada pelakon terbabit supaya membabitkan dirinya dalam hidup Lyla.

Ini kerana Wilson dikatakan langsung tidak tunjukkan usaha berbuat demikian sedangkan pelakon itu dilaporkan selalu meluangkan masa dengan dua anak lelakinya, Robert, 10, dan Finn, 7, hasil daripada hubungan dengan wanita lain.

Vongsvirates bagaimanapun mendedahkan Wilson memang ada memberi bantuan kewangan. Namun, baginya ia tidak bermakna kerana Lyla perlukan kasih sayang seorang bapa.

"Lyla perlukan bapa. Sangat ironi apabila (Owen) kerap diberikan watak bapa, termasuk bergelar bapa dalam filem terbarunya tetapi dia tidak pernah bertemu pun dengan anak perempuannya," kata Vongsvirates.

Wilson melakonkan watak Nate Pullman, seorang bapa dalam filem Wonder pada 2017. Dia juga bakal tampil membintangi filem Marry Me bergandingan dengan Jennifer Lopez yang bakal ditayangkan pada Februari tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Oktober 2021 @ 11:16 AM