Najiy Jefri

Ramai menganggap kebanyakan pelakon Hollywood sanggup menjayakan apa saja watak demi mencapai kepuasan lakonan.

Malah, ramai pelakon Hollywood dilihat menumpahkan sepenuh kecintaan, emosi dan tubuh mereka demi menjayakan watak yang dibawakan supaya penonton dapat merasainya.

Bagaimanapun, ada selebriti yang tidak selesa tampil berbogel di hadapan kamera kerana menganggap tindakan itu menjejaskan imej dan melanggar batas.

Berikut ialah 10 selebriti Hollywood yang menolak adegan berbogel dalam karya yang mereka bawakan.

JULIA ROBERTS
JULIA ROBERTS

Julia Roberts

Aktres yang menerima bayaran tertinggi di Hollywood ini menegaskan dia tidak akan sesekali melakonkan adegan bogel dalam mana-mana filem lakonannya.

Pada 2009, Julia memberitahu dia tidak akan tunduk dengan mana-mana permintaan yang menuntutnya berbuat demikian.

“Sebagai ibu kepada tiga cahaya mata saya tidak patut melakonkan aksi sedemikian,” katanya.

Anna Kendrick

Meskipun aktres jelita ini tampil berbogel dalam filem Mike and Dave Need Wedding Dates, ramai tidak tahu sebenarnya adegan terbabit tidak dilakonkannya.

Sebaliknya, babak itu dibuat pelagak aksi kerana Anna bertegas tidak akan berbogel dalam mana-mana naskhah yang dibintanginya.

ANNA KENDRICK
ANNA KENDRICK

Samuel L Jackson

Kehebatan lakonan bintang ternama ini tidak perlu dipertikaikan lagi.

Siapa sangka lebih 47 tahun mewarnai Hollywood dan menjadi pujaan ramai, Samuel enggan tampil tanpa seurat benang kerana bimbang menjejaskan kualiti lakonannya.

Sarah Jessica Parker

Walaupun kehadirannya dalam industri seni Hollwood dikenali dalam siri drama Sex and The City, aktres ini yang melakonkan watak utama enggan melakukan sebarang adegan bogel.

Malah, dia satu-satunya pelakon dalam Sex and The City yang tidak tampil bogel dalam siri itu.

Dia memberitahu kepada portal Berita The Hollywood Reporter bahawa salah satu syarat yang ditekankan sebelum bersetuju membintangi sesebuah karya adalah tidak boleh boleh berbogel.

JESSICA ALBA
JESSICA ALBA

Jessica Alba

Pasti ramai tidak perasan aktres ini tidak mempamerkan tubuhnya secara keterlaluan di layar perak.

Jessica dalam satu temu bual sebelum ini memberitahu, dia tidak akan sesekali melakukan aksi bogel kerana enggan keluarga terutama datuk dan neneknya melihat tubuhnya tanpa seurat benang.

Jennifer Garner

Aktres ini terkenal dengan filem bergenre kekeluargaan seperti Love, Simon sehinggalah drama Peppermint.

Bagaimanapun, dia tidak pernah berbogel untuk setiap naskhah yang dibintanginya kerana berpegang teguh dengan prinsip selain tidak berminat berbuat demikian.

JENNIFER GARNER
JENNIFER GARNER

Ricky Gervais

Antara pelawak terkenal Hollywood yang menolak tampil berbogel dalam mana-mana rancangan.

“Jika perlu berbuat demikian, saya akan menggunakan khidmat pelagak aksi.

“Saya tidak tergamak untuk berbogel dan melakonkan adegan sedemikian,” katanya.

RICKY GERVAIS
RICKY GERVAIS

Neal McDonough

Gara-gara tidak mahu melakonkan adegan berbogel, dia dipecat daripada menjayakan rancangan TV berjudul Scoundrels.

“Sejak itu saya tidak ada tawaran kerja. Mereka menganggap saya kolot sedangkan saya mengutamakan agama dan keluarga,” katanya.

Owen Wilson

Menerusi filem You, Me and Dupree pada 2006, ramai yang terpedaya dengan babak bogel lakonan aktor ini.

Hakikatnya, dia menggunakan pelagak aksi untuk menjayakan watak itu kerana tidak sanggup memperagakan dirinya tanpa seurat benang. Meskipun bersikap selamba, bintang terkenal ini ada prinsip dan tidak akan sesekali melanggarnya.

OWEN WILSON
OWEN WILSON

Chris Pratt

Demi menghormati agama dan kepercayaan, pelakon hebat ini enggan melakonkan adegan berbogel atau membuka baju.

Dia juga tidak akan melakonkan filem berunsurkan seks. Setakat ini pendiriannya itu belum goyah malah syarikat produksi menghormati pendiriannya itu.

CHRIS PRATT
CHRIS PRATT

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mac 2019 @ 4:00 AM