Azrinaz Mazhar Hakim.  FOTO IG AZRINAZ
Azrinaz Mazhar Hakim. FOTO IG AZRINAZ
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim berkongsi berita gembira dirinya kini sarat hamil tujuh bulan.

Ia diumumman Azrinaz di Instagram miliknya yang turut memuat naik foto keadaan yang bakal menimang cahaya mata keempat tidak lama lagi.

"Ini bukan gambar 'throwback'. Apa yang anda lihat sedang berlaku sekarang.

"Saya kini hamil anak keempat. Kandungan sudah tujuh bulan atau lebih tepat 30 minggu. Alhamdulillah, Tuhan berikan nikmat indah ini untuk kami dan saya hamil lagi pada usia sekarang.

"Saya tidak sangka hamil lagi dengan jarak kandungan yang dekat dengan Areesya Malaykha. Tapi kenapa perlu tunggu lagi, jika saya masih diberi kesempatan ini," tulisnya.

Bagaimanapun menerusi perkongsian itu, Azrinaz tidak mendedahkan jantina bayi dalam kandungannya.

Menurut Azrinaz, dia memohon keluarga, teman dan pengikut di Instagram mendoakan segala urusannya berjalan lancar.

"Doakan proses bersalin anak ini nanti berjalan dengan selamat dan lancar, Insha-Allah," katanya yang dijangka bersalin pada awal April depan.

Terdahulu, Azrinaz melangsungkan perkahwinan kali keduanya bersama Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Areesya Malaykha yang kini berusia dua tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2021 @ 1:42 PM