Najiy Jefri


PELAKON Hanez Suraya berkongsi khabar gembira apabila dia kini hamil anak kedua.

Hanez berkata, kehamilan yang memasuki bulan ketiga itu adalah berita gembira untuk penutup tahun 2018 dan rezeki daripada Allah SWT.

“Alhamdulillah, kandungan saya kini berusia tiga bulan. Pada bulan pertama kehamilan saya mengalami alahan yang agak teruk.

“Saya dapat tahu hamil ini pun selepas lama tidak datang haid.

“Saya berharap agar proses kehamilan dipermudahkan dan doakan yang baik-baik" katanya.

Menurut Hanez, dia menyimpan impian untuk menimang cahaya mata lelaki.

“Kalau boleh saya nak anak lelaki kali ini, namun saya serahkan segalanya kepada rezeki dan takdir. Saya okey saja.

“Saya dijangka bersalin pada Julai tahun depan,” katanya.

Terdahulu Hanez berkongsi video imbasan kandungan di akaun Instagram peribadinya.

Hanez mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Romie Razin Aidilha Abd Jais, 37, pada 25 Mac 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan Putri Aleesya yang kini menginjak usia tiga tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Disember 2018 @ 1:59 PM