KEJAYAAN bermakna, Kang Daniel jadi pilihan peminatnya melalui undian.
KEJAYAAN bermakna, Kang Daniel jadi pilihan peminatnya melalui undian.
Susunan Najiy Jefri

POPULARITI penyanyi dari Korea Selatan dikenali, Kang Daniel dilihat semakin memuncak dan memiliki pengaruh yang luar biasa.

Hal ini terbukti, apabila dia dipilih selaku artis idola lelaki paling hangat hasil undian peminat menerusi aplikasi Idol Champ.

Aplikasi berkenaan membuka kaji selidik dengan memberi peluang kepada peminat untuk memilih artis lelaki manakah yang paling hangat.

Undian yang dibuka selama dua minggu bermula 4 Disember lalu memaparkan Kang Daniel menduduki tangga teratas dengan catatan undian sebanyak 37.87 peratus.

Sementara, tempat kedua diikuti penyanyi Doyoung daripada kumpulan NCT dengan undian sebanyak 17.45 peratus, kemudian Wonho (ketiga), Kai EXO (keempat) dan Shownu Monsta X (kelima).

Baru-baru ini juga, siapa sangka pelantun lagu Waves itu turut terpilih dalam senarai 10 artis terbaik menerusi 2020 APAN Awards.

Pada majlis sama, Kang Daniel turut diumumkan sebagai pemenang anugerah Best Global Male Sol.

Sementara itu, menerusi KT Seezn Star yang akan berlangsung pada 23 dan 24 Januari tahun depan, namanya sudah diumumkan sebagai penerima trofi Penyanyi Terbaik.

Beralih mengenai kisah peribadi Kang Daniel, difahamkan dia yang juga bekas anggota WANNA One sudah berpisah dengan kekasih dikenali, Jihyo daripada kumpulan TWICE sejak setahun lepas.

"Benar, hubungan cinta mereka sudah putus," ujar seorang sumber dari pengurusan JYP Entertainment.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2020 @ 6:15 AM