RAHM ketika beraksi di pusingan ketiga. FOTO AFP
RAHM ketika beraksi di pusingan ketiga. FOTO AFP
AFP

PEMAIN ranking ketiga dunia, Jon Rahm mendahului saingan Terbuka Farmers Insurance selepas berakhir hari ketiga ketika Rory Mcllroy pula sedang memburu kembali ranking pertama dunia.

Rahm melakukan lima birdie, satu eagle dan tanpa sebarang bogey untuk catatan tujuh bawah par 65 di Torrey Pines dengan Ryan Palmer ketinggalan satu pukulan untuk menduduki tempat kedua.

“Saya dapat memberi fokus sepenuhnya. Untuk kekal tidak melakukan bogey di Torrey Pines adalah satu pencapaian yang baik.

“Saya juga dapat melakukan pukulan putt dengan baik,” katanya.

Woods yang meraih lapan gelaran di Torrey Pines, ketinggalan lima pukulan di belakang Rahm menjelang aksi final.

Mcllroy yang menduduki ranking kedua dunia ketika ini, memerlukan kemenangan untuk kembali merampas kedudukan nombor satu buat kali pertama sejak 2015.

Dia melakukan 67 pukulan sekali gus menyertai kelompok ketiga bersama-sama Kang Sung, Harry Higgs dan Cameron Champ.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 January 2020 @ 11:51 AM