SUFIE Rashid. FOTO Nizar Hafiz Mustafa
SUFIE Rashid. FOTO Nizar Hafiz Mustafa
Najiy Jefri


Menjadi artis yang sentiasa dihimpit berita sensasi seperti Sufie Rashid tentu sekali bukan satu perkara mudah bahkan tidak semua artis mahu dirinya dilambung badai kontroversi walaupun akan mendapat publisiti meluas selain peluang kerjaya yang melimpah ruah.

Bak kata orang, sekali ‘bermewah’ dengan kontroversi, ia harus dibayar dengan kekuatan emosi. Artis terbabit juga perlu bijak menepis dan menangkis pertanyaan yang menerpa dari pelbagai arah tanpa diduga.

Itu pengalaman yang dikutip dan dipelajari oleh jejaka kelahiran Temasek ini sepanjang tahun pertama meredah jalan sebagai seorang penyanyi. Boleh dikatakan bertubi-tubi Sufie terpalit kontroversi.

Daripada cerita hangat membabitkan dirinya dengan seorang lelaki yang juga bekas bapa tirinya sehinggalah isu dia dikatakan bersekedudukan dengan teman wanita selain turut dituduh bersikap hidung tinggi.

Tutup buku lama yang sarat cerita hangat. Tahun ini saksikan satu sisi berlainan pada diri jejaka berusia 25 tahun itu apabila belum ada lagi cerita kurang enak menerpa dirinya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mei 2017 @ 6:13 AM