LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
yafil Syazwan Jefri


PENYANYI lagenda, Datuk M Daud Kilau ditahan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas menjalani prosedur pembedahan angioplasty, semalam.

Anak keduanya, Ahmad Zaini Muhammad Daud, 49, ketika dihubungi berkata, prosedur itu memakan masa empat jam dengan tiga salur darah bapanya dimasukkan alat sten. 

"Alhamdulillah, pembedahan berjalan dengan lancar bermula pukul 5 petang hingga 9 malam, semalam. Alat sten dimasukkan ke dalam salur darahnya dan sekarang keadaa ayah sudah mula stabil," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zaini, prosedur itu adalah rawatan susulan selepas penyanyi lagu Che Mek Molek itu dilaporkan sesak nafas dua minggu lalu. 

"Saya belum dimaklumkan bila ayah akan dibenarkan keluar kerana dia memerlukan rehat secukupnya," katanya. 

Prosedur angioplasty dengan memasukkan sten adalah langkah untuk mengurangkan pembentukan gumpalan pada saluran darah selepas pembedahan jantung.

Berita berkaitan

  • M Daud Kilau jalani rawatan injap jantung sempit
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2020 @ 3:58 PM